Pages

*make sure you enable pop-up before using search box*

Sunday, August 31

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51


Memandangkan hari ini negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan ke-51, blog aku juga akan di tulis dalam Bahasa Melayu.

Awal aku bangun untuk tengok perarakan di tv, acara yang paling di nanti setiap kali merdeka ni. Yang paling seronok mestilah formasi sebelum perarakan. Tetapi formasi tahun ni kurang menarik. Mungkin sebab pergerakan banyak kepada pergerakan kecil yang kurang jelas bila di fokus jauh dek jurugambar stesen tv. Jadi tidak berapa jelas apa yang mereka buat. Tengok dekat baru tahu budak- budak tu goyang buku, pen dan topi konvo.

Apa- apa pun, dah 51 tahun negara kita merdeka, dah lebih satu dekad pun. Harap- harap akan kekal lama.

Selamat Hari Kemerdekaan-51 buat kita semua!

0 comments: